31 Disember 2018

NABI SAW pernah bersabda, “Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat kepadaku pada Hari Kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya. Dan orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada Hari Kiamat adalah orang yang tercela akhlaknya, iaitu orang yang suka berceloteh, orang yang suka berbicara panjang lebar, dan orang yang berbicara dengan dibuat-buat (difasih-fasihkan).”

Ada pelajaran yang boleh kita ambil dari hadis ini. Rasulullah SAW sangat tidak menyukai kebiasaan berceloteh. Lebih-lebih ketika sedang berada pada majlis ilmu. Sama halnya Rasulullah SAW tidak menyukai pembicaraan yang difasih-fasihkan agar kita tampak berilmu. Padahal, yang demikian ini justru menjauhkan kita dari kebaikan
Banyak perkara yang kerap luput dari diri kita. Tanpa kita sedari, mungkin kita menjadi sebahagian dari orang yang tercela akhlaknya.
Dewasa ini, banyak majlis-majlis ilmu yang diikuti masyarakat. Namun sayang, terkadang majlis ilmu itu tidak berjalan dengan semestinya. Bukan kerana acaranya yang tidak sesuai atau tidak menarik, seringkali kita banyak berceloteh dalam majlis ilmu. Padahal sudah sangat jelas, bahawa Rasulullah tidak menyukai orang yang banyak berceloteh terlebih dalam majlis ilmu.
Kita seringkali menganggap remeh apa yang disampaikan orang yang sedang berbicara dalam majlis ilmu sehingga kita tidak mendengarkannya. Padahal, setiap ucapan kebaikan itu pula merupakan sebuah ilmu berharga bagi kita. Maka tugas kita mensyukuri ilmu yang kita dapatkan dengan mendengarkan kebaikan yang tengah disampaikan oleh orang lain dalam majlis ilmu.
 [SUMBER ip]

0 Comments:

Post a Comment