11 Ogos 2018

Soalan: Ada jamaah yang bertanya tentang qurban bolehkah 1 ekor lembu untuk 10 orang?

Jawapan :
Para ulama sepakat bahawa seekor lembu boleh untuk tujuh orang yang berqurban, tetapi mereka berbeda pendapat apakah seekor unta boleh untuk tujuh orang atau untuk sepuluh orang?

1.    Pendapat Pertama: Seekor unta atau lembu boleh untuk tujuh orang.  Ini adalah pendapat majoriti ulama. Dalilnya adalah hadis Jabir bin Abdullah radhiyallahu ‘anhu bahawasanya ia berkata :
نَحَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِالْحُدَيْبِيَةِ الْبَدَنَةَ عَنْ سَبْعَةٍ وَالْبَقَرَةَ عَنْ سَبْعَةٍ
“Kami menyembelih bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam di Hudaibiyah unta untuk tujuh orang dan lembu untuk tujuh orang.”  (HR Muslim, Kitab : al-Hajj, Bab : al-Isytirak fi al Hadyi, no : 1318 )
Di dalam riwayat lain disebutkan bahawa Jabir  bin Abdullah radhiyallahu ‘anhu berkata :
خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- مُهِلِّينَ بِالْحَجِّ فأَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَنْ نَشْتَرِكَ فِى الإِبِلِ وَالْبَقَرِ كُلُّ سَبْعَةٍ مِنَّا فِى بَدَنَةٍ
 “Kami keluar  bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam keadaan Haji, maka beliau menyuruh kami untuk bersyarikat dalam satu unta dan sapi masing-masing untuk tujuh orang.” (HR Muslim, Kitab : al-Hajj, Bab : al-Isytirak fi al Hadyi, no : 1318 )

2.    Pendapat Kedua : Seekor lembu bolrh  untuk tujuh orang. Sedangkan seekor unta untuk sepuluh orang. Ini adalah pendapat Ishaq dan Ibnu Huzaimah.
Dalilnya adalah hadis Ibnu Abbas radhiyallahu’anhu, bahawa beliau berkata :

كُنَّا مَعَ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فِى سَفَرِنَا فَحَضَرَنَا النَّحْرُ فَاشْتَرَكْنَا فِى الْجَزُورِ عَشْرَةٌ وَالْبَقَرَةُ عَنْ سَبْعَةٍ
 “Kami penah bersafar bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu tibalah hari raya Iedul Adha, maka kami pun bersyarikat satu ekor unta untuk sepuluh orang dan  seekor lembu untuk tujuh orang.” (HR. Tirmidzi ( 1501), Ibnu Majah ( 3131 ) dengan sanad yang hasan)

3.    Pendapat Ketiga : kalau berqurban, dibolehkan satu unta untuk sepuluh  orang, sedangkan dalam ibadah haji, satu ekor unta hanya boleh untuk tujuh orang saja. Ini pendapat Imam asy-Syaukani, beliau menggabungkan antara dalil-dalil yang ada.
Dari tiga pendapat di atas, maka yang lebih kuat dan lebih mendekati kebenaran adalah pendapat majoriti ulama yang mengatakan bahawa seekor unta atau lembu boleh untuk tujuh orang.
Jika tujuh orang yang bersyarikat tersebut berbeza niatnya, sebahagian berniat qurban, sebagian berniat membayar nazar, sebahagian berniat mengambil dagingnya, maka dibolehkan.
Berkata Imam an-Nawawi di dalam al-Majmu’ ( 8/ 398 ) :
يجوز أن يشترك سبعة في بدنة أو بقرة للتضحية سواء كانوا كلهم أهل بيت واحد أو متفرقين أو بعضهم يريد اللحم فيجزئ عن المتقرب وسواء كان أضحية منذورة أو تطوعا
“Dibolehkan tujuh orang bersyarikat untuk qurban dengan satu unta atau satu lembu, baik itu dari satu keluarga atau dari keluarga yang berbeda-beda, atau bahkan dibolehkan sebahagian dari yang tujuh orang itu hanya menginginkan dagingnya ( bukan berqurban ), tapi yang berqurban tetap sah. Dan ini berlaku bagi qurban kerana nazar atau qurban yang sunnah. “
Dari keterangan di atas boleh disimpulkan bahawa lembu maksimal untuk tujuh orang dan boleh kurang dari tujuh orang.
Apakah boleh lebih dari tujuh orang?  Sampai sekarang kami belum menemukan perkataan ulama yang membolehkannya. Maka, sebaiknya berqurban satu lembu hanya untuk tujuh orang saja atau kurang dari tujuh sebagai sikap kehati-hatian kita. Wallahu A’lam. [Dr  Ahmad Zain An-Najah],
***
Kulit Haiwan Qurban 

Soalan: Ustaz, tentang qurban… Kalau kulit hiawan qurban dijual kemudian hasilnya dibelikan kambing untuk qurban lagi bagaimana?

Jawapan :
Majoriti ulama berpendapat bahawa seseorang yang berqurban tidak diperbolehkan baginya untuk memperjual-belikan bahagian dari haiwan qurban yang sudah disembelih, seperti daging, kulit, kepala, bulu, tulang dan lain-lainnya.
Berkata Abu Bakar al-Husaini asy-Syafi’I di dalam Kifayat al-Akhyar (hlm 704) :
واعلم أن موضع الأضحية الانتفاع فلا يجوز بيعها بل ولا بيع جلدها ولا يجوز جعله أجرة للجزار وإن كانت تطوعا بل يتصدق به المضحي أو يتخذ منه ما ينتفع به من خف أو نعل أو دلو أو غيره ولا يؤجره والقرن كالجلد
“ Ketahuilah bahawa objek haiwan qurban adalah pemanfaatan, maka tidak boleh diperjual-belikan, bahkan tidak dijual kulitnya juga, serta tidak boleh kulit tersebut dijadikan upah untuk penyembelih, walaupun itu qurban sunnah (bukan nazar), tetapi yang benar bahawa kulit tersebut disedekahkan oleh yang berqurban, atau dimanfaatkan untuk membuat khuf, atau sandal, atau beg atau yang lainnya dan tidak boleh disewakan. Adapun tanduk (haiwan qurban) hukumnya seperti hukum kulitnya.”
Adapun dalil dari pelarangan tersebut adalah hadis Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu  :
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَمَرَهُ أَنْ يَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ يَقْسِمَ بُدْنَهُ كُلَّهَا لُحُومَهَا وَجُلُودَهَا وَجِلاَلَهَا فِى الْمَسَاكِينِ وَلاَ يُعْطِى فِى جِزَارَتِهَا مِنْهَا شَيْئًا
“Bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkannya untuk mengurusi penyembelihan unta qurbannya dan beliau juga memerintahkannya untuk membahagikan semuanya termasuk daging, kulit dan kulit belakangnya untuk orang-orang miskin  dan beliau melarangnya untuk memberikan bahagian apapun darinya kepada tukang sembelih.” (HR. Bukhari ( 1717 ) dan Muslim ( 1317 )

Yang Dibolehkan Bagi Panitia Qurban
Pertama : Dibolehkan bagi panitia qurban untuk menyalurkan daging dan kulit kepada orang-orang yang berhak menerimanya, seperti fakir miskin, atau kepada orang-orang yang ditunjuk oleh pemilik qurban untuk diberikan kepadanya.
Kedua : Dibolehkan bagi panitia qurban mewakili fakir miskin yang sudah mendapatkan daging atau kulit qurban untuk menjualnya kepada para pembeli, kemudian hasilnya dikembalikan lagi kepada fakir miskin yang memiliki daging dan kulit tersebut.
Ketiga :  Dibolehkan bagi panitia qurban menerima wang upah kerjanya dari pemilik qurban, yang tidak diambil dari haiwan qurban.
Keempat : Dibolehkan bagi panitia qurban menerima pemberian atau hadiah berupa daging atau kulit haiwan qurban dari pemilik qurban, jika mereka memang orang-orang yang berhak mendapatkannya, seperti jika mereka adalah fakir miskin, tetapi bukan kerana imbalan atau upah dari kerja mereka.
Jika kulit haiwan qurban sudah menjadi milik panitia kerana pemberian  (bukan upah) dari para pequrban dan bukan pula sebagai wakil dari mereka, maka dalam keadaan seperti ini, dbolehkan bagi mereka menjualnya dan hasilnya untuk kepentingan masjid, termasuk dibelikan haiwan qurban lagi. Wallahu A’lam.*
Wassalam
Dr  Ahmad Zain An-Najah/hidcom

0 Comments:

Post a Comment