07 September 2017

Al-Mujadilah :22
“Engkau tidak akan mendapati suatu kaum yang beriman pada Allah dan hari kiamat, saling berkasih sayang dengan orang orang yang menentang Allah dan RasulNya, sekalipun orang orang itu bapa bapa , anak anak, saudara saudara atau pun keluarga mereka “. (Al Mujadilah :22).
Allah telah memberitahumu bahawa engkau tak akan menemukan seorang Mukmin pun yang mencintai orang orang yang menentang Allah dan RasulNya, sebagaimana salah satu dari dua hal yang bertentangan akan pasti menafikan yang lain.
Jika tidak ada iman, maka hilanglah lawannya, iaitu berteman dengan musuh musuh Allah.
Jika seseorang menjalin cinta dengan musuh musuh Allah dengan hatinya, maka menjadi suatu bukti bahawa hatinya tidak mengandung keimanan yang wajib. Dengan demikian , ayat di atas menunjukkan bahawa tidak akan ada orang beriman (Menurut Allah)  yang menjalin kasih sayang dengan orang kafir . – Ibnu Taimiyyah-

0 Comments:

Post a Comment