10 Mei 2017

DARI Abu Wa’il, dia berkata, “Pada suatu pagi kami mendatangi Abdullah bin Mas’ud selepas kami melaksanakan solat subuh. Kemudian kami mengucapkan salam di depan pintu. Lalu kami diizinkan
untuk masuk. Akan tetapi kami berhenti sejenak di depan pintu.

Lalu keluarlah hambanya sembari berkata, ‘Mari silakan masuk.’

Kemudian kami masuk sedangkan Ibnu Mas’ud sedang duduk sambil berzikir.

Ibnu Mas’ud lantas berkata, ‘Apa yang menghalangi kalian padahal aku telah mengizinkan kalian untuk masuk?’

Lalu kami menjawab, ‘Tidak, kami mengira bahawa sebagian anggota keluargamu sedang tidur.’

Ibnu Mas’ud lantas bekata, ‘Apakah kalian mengira bahawa keluargaku telah lalai?’

Kemudian Ibnu Mas’ud kembali berzikir hingga dia mengira bahawa matahari telah terbit. Lantas beliau memanggil budaknya, ‘Wahai hambaku, lihatlah apakah matahari telah terbit.’

Si hamba tadi kemudian melihat ke luar. Jika matahari belum terbit, beliau kembali melanjutkan zikirnya.

Hingga beliau mengira lagi bahawa matahari telah terbit, beliau kembali memanggil hambanya sembari berkata, ‘Lihatlah apakah matahari telah terbit.’

Kemudian hamba tadi melihat ke luar. Jika matahari telah terbit, beliau mengatakan, “Segala puji bagi Allah yang telah menolong kami berzikir pada pagi hari ini.” (HR. Muslim no. 822). [IPos]

0 Comments:

Post a Comment