14 Januari 2017

Riyadh – Seorang pilot Arab Saudi mengungkap alasan sebenarnya pesawat tidak boleh melintas di atas Ka’bah di Masjid Haram, Makkah. Bukan kerana adanya gelombang magnet, seperti digambarkan oleh sejumlah media Barat, namun lebih untuk melindungi para jamaah umrah dan haji.

Seperti disiar dari portal TV orient-news.net, Jumat (13/01/17), pilot sekaligus pemerhati urusan penerbangan bernama Hasan Al-Ghamidi itu membantah informasi salah yang selama ini ramai beredar di sosial media.

Ghamidi menegaskan dalam rakaman video yang diunggahnya di Facebook bahawa larangan terbang di atas Masjid Al-Haram bukan kerana adanya gelombang magnet yang terpancar dari Ka’bah. Dan juga, bukan kerana adanya ruangan hampa di atas kiblat umat Islam itu.

Dia menjelaskan, sebab sebenarnya pesawat dilarang melintas di atas Masjid Al-Haram kerana posisi kota Makkah yang berada di wilayah pegunungan. Hal itu menyebab suara yang ditimbulkan mesin pesawat memantul boleh menimbulkan efek buruk bagi para jamaah umrah dan haji.

Sebab lain, imbuhnya, kerana di dalam pesawat yang melintas sangat memungkinkan ada penumpang non muslim. Dalam Al-Quran disebutkan, non muslim tidak boleh memasuki wilayah Makkah dan Madinah. orient-news.net/kiblat

0 Comments:

Post a Comment