29 Mac 2016


NAMANYA Atha’ ibn Abi Rabah. Hitam kulitnya & pendek tubuhnya. Jika berkendaraan, baghalnya tanpa pelana. Pernah dia menempuh perjalanan dari Makkah ke Syam untuk menjumpai Khalifah Hisyam ibn ‘Abdil Malik; menyampaikan hajat kaum muslimin dari Ahli Bait Rasulillah, penduduk Haramain, tentera di perbatasan, hingga Ahlu Dzimmah lalu pulang setelah semua dipenuhi tanpa meminum seteguk airpun di Istana Khalifah.

Pada masanya, beliaulah Imam Masjidil Haram yang bahkan Ibnu ‘Abbas & Ibnu ‘Umar jika diminta fatwa di Makkah akan berkata, “Bagaimana kalian bertanya padaku padahal di antara kalian ada Atha’ ibn Abi Rabah?”

Tapi Imam Atha’ punya satu pendapat fiqih yang ditanggapi miring. Adalah beliau menyatakan bahawa melempar jumrah pada Hari Nahr waktunya afdhal sejak pagi hari. Ini melanggar pendapat jumhur ‘ulama yang menyatakan bahawa ia hanya afdhal selepas matahari tergelingcir, bergeser setelah tengah hari.

Pendapat beliau dikecam. Dikatakan bahawa Rasulullah ﷺ dan semua Khulafaur Rasyidin saja ketika memimpin haji melempar jumrah hanya setelah zawalusy syams. Dari mana Atha’ mengambil pendapat yang “bid’ah” dan ganjil itu?

Beliau menyatakan bahawa pada saat haji wada’ Rasulullah menanti para sahabat berkumpul, baru mencontohkan manasik yang benar. Mereka semua baru tiba di sisi beliau ketika matahari tergelingcir. Andai para sahabat telah berhimpun sejak pagi, tentu beliau telah melempar sejak pagi pula. “Tapi pengandaian ini tidak dapat dijadikan sandaran,” sanggah para pengkritiknya.

Inilah qaul beliau yang selama 13 abad jadi pembicaraan para fuqaha’ dan tidak diambil para ahli hadis.

Tapi pendapat Imam Atha’ akhirnya menemukan tempat dan waktu yang tepat. Bilakah itu? Pada tahun 1990-an. Ketika jumlah jama’ah haji berlipat & jamarat kian padat; bahaya yang timbul dari berkumpulnya jutaan manusia mencari waktu afdhal setelah zohor memaksa para ‘ulama membahas ulang hal ini. “Alhamdulillah”, simpul Lajnah Daimah lil Buhuts wal Ifta’, lembaga fatwa Kerajaan Saudi Arabia, “Ada pendapat Imam Atha’ ibn Abi Rabah.” Dengannya, jadual dapat disusun sejak pagi agar desak-desakan dapat diminimalisasi. Syari’at dan Fiqih menjaga jiwa manusia.

Yang ganjil selama berabad-abad, menjadi jalan keluar di suatu masa.

14 Mac 2016

Rahsia Solat Di Awal Waktu

11 Mac 2016

Soalan: Saya seorang perokok. Apakah merokok membatalkan wudhuk ataukah cukup berkumur saja jika hendak bersolat?

JAWAB: Menurut Fatawa Lajnah Daimah, 13/57 di islamqa.ca., pelaku rokok dianggap fasik. Namun tidak diharuskan mengulangi wudhu jika dia merokok. Akan tetapi disyariatkan baginya menghilangkan bau tak sedap dari mulutnya dengan sesuatu yang dapat menghilangkannya. Di sisi lain, wajib segera bertaubat kepada Allah dari perbuatan merokok..sumber IP

09 Mac 2016

Hari ini kita sedang dihebohkan dengan fenomena yang amat menakjubkan. Kejadian ini merupakan salah satu bentuk kekuasaan Allah SWT. Di mana bulan terletak antara bumi dan matahari. Sehingga, bulan yang berukuran lebih kecil itu ternyata bayangannya mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya. Nah, orang Islam yang melihat kejadian ini dianjurkan untuk melaksanakan solat kusuf (solat gerhana). Lalu, apa hukum mengerjakannya?
Solat gerhana adalah sunnah muakkadah bagi lelaki dan wanita. Itu bererti perintah ini sangat dianjurkan untuk dilaksanakan. Sebab, Rasulullah ﷺ bersabda,

;;