29 April 2016

Soalan
Di kampung saya, terdapat masjid yang ketika solat terawih di bulan puasa, imam yang memimpin solat membaca surah dengan melihat Alquran?
Dari: Muhammad

Jawaban:

Kes imam yang memimpin solat jamaah sambil membawa atau membaca mushaf, ulama berbeda pendapat mengenai hukumnya. Al-Kasani menyebutkan,

ولو قرأ المصلي من المصحف فصلاته فاسدة عند أبي حنيفة. وعند أبي يوسف و محمد: تامة ويكره. وقال الشافعي: لا يكره.

“Jika ada orang yang shalat sambil membaca mushaf, maka shalatnya batal menurut Imam Abu Hanifah, sementara menurut Abu Yusuf dan Muhammad asy-Syaibani (dua murid senior Imam Abu Hanifah), solatnya sah, namun makruh. Kemudian Imam asy-Syafii berpendapat, “Tidak makruh.” (Bada’i ash-Shana’i, 1:236).

Selanjutnya al-Kasani menyebutkan alasan masing-masing pendapat,

Abu Hanifah menganggap ini membatalkan solat kerana dua hal:


Pertama, bahawa orang yang solat sambil membawa mushaf, membolak-balik halaman mushaf, melihat mushaf, dst. adalah gerakan yang terlalu banyak, padahal itu bukan bahagian dari solat. Sementara itu juga tidak diperlukan ketika solat, sehingga hal ini merusak solatnya.

Kedua, orang yang menjadi imam sambil membawa mushaf, dia membaca teks dari mushaf. Padahal orang yang membaca teks termasuk belajar, sebagaimana dia belajar dari teks yang lain, sehingga ini boleh membatalkan shalat.

Sementara ulama yang tidak menghukumi batal beralasan dengan hadis tentang Dzakwan (bekas hamba Aisyah)

أن مولى لعائشة يقال له: ذكوان كان يؤم الناس في رمضان وكان يقرأ من المصحف

“Bahawa mantan hamba Aisyah, yang namanya Dzakwan, beliau mengimami masyarakat ketika Ramadhan dan beliau sambil membaca mushaf.”

Kemudian, melihat mushaf termasuk ibadah, membaca mushaf juga ibadah, dan menggabungkan satu ibadah dengan ibadah yang lain, tidak menyebabkan batal. Hanya saja, semacam ini dimakruhkan, kerana menyerupai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani, yang solat dengan membaca kitabnya).

Sedangkan Imam asy-Syafi’i beralasan bahawa itu bukan tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, kerana kita juga makan apa yang mereka makan, dan itu tidak disebut meniru kebiasaan ahli kitab. (Bada’i ash-Shana’i, 1:236)

Badruddin Al-Aini mengatakan:

“Zahirnya menunjukkan bolehnya membaca dari mushaf ketika solat. Ini merupakan pendapat Ibnu Sirin, Hasan al-Bashri, al-Hakam, dan Atha’. Anas bin Malik juga pernah menjadi imam, sementara ada anak di belakang beliau yang membawa mushaf. Apabila beliau lupa satu ayat, maka si anak tadi membukakan mushaf untuk beliau. Imam Malik juga membolehkannya ketika tarawih, sementara an-Nakhai, Said bin Musayib, dan asy-Sya’bi membencinya. Mereka mengatakan: ‘Itu seperti perbuatan orang Nasrani.’” (Umdatul Qori, Syarh Shahih Bukhari, 5:225)

Lajnah Daimah pernah mendapatkan pertanyaan semacam ini, selanjutnya mereka menjawab:

Ulama berbeda pendapat mengenai hukum kes ini. Sebagian membencinya, dan majoriti ulama membolehkannya. Dalam kitab “Qiyam al-Lail wa Qiyam Ramadhan” karya al-Maruzi dinyatakan:

عن ابن أبي مليكة أن ذكوان أبا عمرو كانت عائشة أعتقته عن دبر فكان يؤمها ومن معها في رمضان في المصحف

Dari Ibnu Abi Mulaikah, bahawa Dzakwan (Abu Amr) –hamba yang dijanjikan bebas oleh Aisyah jika beliau (Aisyah) meninggal- mengimami Aisyah dan orang-orang bersama Aisyah di bukan Ramadhan dengan membaca mushaf. (HR. Bukhari secara Muallaq, dan Ibnu Abi Syaibah dalam Mushannaf)

Ibnu Wahb mengatakan:

Imam Malik ditanya, ada sebuah kampung yang masyarakatnya tidak ada yang hafal Alquran. Bolehkah imam membaca mushaf ketika jamaah? Imam Malik menjawab: “Tidak masalah.”

Kemudian, diantara ulama yang membenci, imam solat sambil membaca mushaf adalah Mujahid, Ibrahim, dan Sufyan. Mereka membenci seseorang mengimami solat ketika Ramadhan sambil membaca mushaf, khawatir termasuk tasyabbuh dengan ahli kitab.

Sementara alasan ini dibantah oleh al-Maruzi, dengan mengatakan:

Membaca Alquran terlalu jauh untuk disebut meniru ahli kitab, dibandingkan membaca buku-buku matematik. Kerana membaca Alquran termasuk amal solat, sementara buku-buku berhitung tidak termasuk bahagian solat.

Maksud al-Maruzi, sebagaimana kita boleh membaca buku umum yang bermanfaat dan itu tidak teramasuk tasyabbuh terhadap ahli kitab, maka mebaca Alquran lebih layak untuk tidak disebut meniru kebiasaan orang kafir. (Fatwa Lajnah Daimah, 579).

Sementara itu, Imam Ibnu Baz berpendapat bahawa hal semacam ini boleh jika dibutuhkan. Seperti solat malam ketika Ramadhan yang panjang bagi imam yang tidak hafal Alquran. Hanya saja beliau menyarakan agar imam berusaha untuk menghafalkan Alquran, sehingga tidak perlu membawa Alquran ketika menjadi imam. (Kitab ad-Dakwah, 2:116)

Inilah saran yang tepat, agar kita boleh terbebas dari perselisihan pendapat di atas dan berada di posisi yang lebih selamat.

Allahu a’lam

Dijawab oleh Ustadz Ammi Nur Baits (Dewan Pembina KonsultasiSyariah.com)https://www.nahimunkar.com

0 Comments:

Post a Comment