15 Mac 2016

Yerusalem – Seorang Rabi Yahudi di Israel pada Ahad (13/03/16), mengeluarkan pernyataan kontroversi. Pasalnya, seperti dikutip dari Days of Palestine, Rabi yang diketahui bernama Yitzhak Yosef mengatakan bahawa Taurat menganjurkan membunuh warga Palestin.

Dalam ceramah mingguannya, Rabi Israel itu menyebutkan bahawa warga Palestin adalah teroris. Rabi Yitzhak Yosef itu mengatakan kepada para jemaahnya bahawa Kitab suci agama Yahudi menganjurkan untuk membunuh mereka.....


“Mesias (tuhan Yahudi) memberitahu kita bahawa orang Amelek (istilah musuh dalam kitab Yahudi) dianjurkan untuk dibunuh,” ujar rabi Yitzhak Yosef.

Sementara laman web Israel mengutip perkataan Rabi Yitzhak Yosef bahawa, “Jika teroris datang membawa pisau ke arah seseorang, merupakan tugas utama (Yahudi) untuk membunuhnya. Mereka hendak membunuh kalian, maka bunuhlah ia terlebih dahulu.”

Rabi itu juga memprovokasikan agar memenjarakan warga Palestin, yang tidak memiliki senjata. Ia menghimbau kepada jemaahnya agar tidak usah takut dengan pengadilan. Mengacu kebijakan dari pemerintah Israel yang melarang membunuh anak-anak.

“Apabila dia (Warga Palestin) tidak lagi memiliki pisau, maka kalian (Israel) harus memenjarakan mereka sampai datangnya Mesias,” tambahnya.

Sumber: Days Of Palestine, Middle East Monitor/http://www.kiblat.net

0 Comments:

Post a Comment