22 Mac 2016

Berpolitik untuk Ibadah

Dalam perspektif Islam, berpolitik adalah untuk beribadah; bukan semata-mata untuk mencari atau mempertahankan kekuasaan.

“Kalau semata-mata untuk kekuasaan; politik untuk politik, itu politik Machiavelis namanya,”

Dikatakan bahawa Machiavelli memiliki konsep politik yang membuang aspek ketuhanan dan keakhiratan.  Politik ya urusan dunia saja. Dunia itu dalam bahasa Latinnya disebut “saeculum”.

Jadi, politik seperti itu, yang hanya memperhitungkan aspek dunia, itulah yang disebut politik sekular.  Dalam bukunya, The Prince, Machiavelli menyebutkan, bahawa jika Anda mahu berkuasa atau mempertahankan kekuasaan, maka, “You must learn how not to be good,” Anda harus belajar untuk menjadi jahat!....


Politik sekuler menghalalkan segala cara untuk meraih atau mempertahankan kekuasaan; sedangkan politik Islam memandang politik sebagai bentuk ibadah. Kekuasaan adalah alat untuk beribadah. Jadi, kekuasaan bukan tujuan utama berpolitik.

“Inilah tanggungjawab berat yang dihadapi ahli politik muslim atau parti-parti Islam, bagaimana menjalankan politik dalam era yang sangat pragmatik-materialistik sekarang ini,”

Jadi, politik Islam tidak boleh menghalalkan segala cara untuk menang. Ada etika dan syariat Islam yang wajib difahami oleh kaum Muslim yang terjun dalam dunia politik. “Agar aktiviti politik mereka bernilai ibadah, meraih berkat dari Allah Subhanahu Wata’ala, dan bukan hanya berhitung menang kalah,” .Dr Adian Husaini

0 Comments:

Post a Comment