03 Februari 2016

Jom lihat aksi Ninja Gaza

Meskipun berada jauh dari tempat asalnya di negeri matahari terbit “Jepun”, sekelompok warga di Jalur Gaza kini ramai mempopularkan seni beladiri ninja sebagai salah satu alternatif untuk membekali diri dari tindak kriminal dan agresi penjajah Zionis Israel.
Seperti dikutip Anatolia dalam wawancara dengan master ninja Palestin, Ahmad Samur, mengatakan bahawa perlu waktu yang agak lama bagi seseorang jika ingin benar-benar menguasai ilmu bela diri yang mengandalkan kelincahan dan kecepatan ini.
“Saya telah mempelajari ilmu beladiri ninja sejak umur 8 tahun melalui internet. Yaa tentunya kita sudah tahu bahawa blokade Zionis Israel menjadi halangan terbesar bagi saya untuk lebih memperdalam seni beladiri ini dari negeri asalnya,” ujar Ahmad Samur.
Ahmad Samur melanjutkan, “Di sini rakan-rakan akan berlatih biasanya sebanyak 2-3 kali dalam satu minggu, dengan lama waktu latihan tidak melebih dari 3 jam. Dan kini seni beladiri ini mulai dilirik oleh masyarakat Palestin di Jalur Gaza.”
Mahu tahu bagaimana aksi ninja Palestin yang siap membasmi Zionis Israel? Berikut GAMBAR dokumentasinya untuk anda..EM

0 Comments:

Post a Comment