18 Jun 2015

Jutaan terima kasih kepada pelayar setia laman ustazcyber.com yang melontarkan pelbagai cadangan,tohmahan dan nasihat kepada saya.
i..Tuduhan Ustazcyber bermazhab wahabi 
Punca tuduhan kerana alamat email ustazcyber (abdullahalwahabi@gmail.com)
Jawapan ustazcyber: Nama saya Abdullah bin Ab.Wahab...alwahabi adalah nisbah kepada ayah saya, bukanya mazhab wahabi.

ii. Ustazcyber sokong pengganas ISIS

Punca tuduhan kerana ustazcyber kerap copypaste dan siarkan berita mengenai ISIS.
Jawapan ustazcyber: Saya berlepas diri daripada segala fitnah terhadap kesucian agama Islam yang sedang berlaku hari ini. Saya yakin bahawa ISIS adalah salah satu daripada siri fitnah terbesar terhadap agama Islam, walaupun begitu saya juga yakin bahawa di kalangan pejuang ISIS ada yang betul dan ada yang salah, yang betul kita jadikan sebagai teladan dan yang salah kita jadikan ia sebagai pengajaran...itu sahaja....syukran

0 Comments:

Post a Comment