27 Mei 2015

SANAA 26 Mei – Pemberontak Houthi dan sekutunya menawan sebuah pangkalan tentera Arab Saudi, lewat semalam ketika Riyadh meneruskan serangan udara ke atas Yemen.
Laman web Presstv melaporkan, anggota militan daripada pergerakan Ansarullah dan militia daripada Jawatankuasa Penentang Popular menawan pangkalan itu di wilayah al-Makhrouq, barat daya Arab Saudi dalam satu operasi sebagai tindakan balas terhadap serangan Arab Saudi ke atas Yemen.
Serangan itu dilancarkan selepas pemberontak Houthi menyerang sebuah lagi pangkalan tentera Arab Saudi terletak berhampiran kawasan sempadan Yemen dekat Tuwayliq, wilayah Sa’ada, kelmarin.
Dalam perkembangan lain, kumpulan pemberontak Houthi bersama anggota militia Jawatankuasa Penentang Popular berjaya memusnahkan empat buah kereta kebal milik tentera Arab Saudi selepas melancarkan serangan besar-besaran di barat laut bandar Jizan.
Sementara itu, sekurang-kurangnya sembilan orang terkorban dalam serangan udara yang dilancarkan oleh Arab Saudi di daerah Jabal Sabir, barat luat wilayah Ta’izz, hari ini.sumber

0 Comments:

Post a Comment