Serangan udara dihentikan
LAHAD DATU: Serangan udara dihentikan sebentar tadi dan kini disusuli
operasi darat pasukan keselamatan di lokasi persembunyian penceroboh
besenjata di Kampung Tanduo, dekat sini.
Sementara itu, satu sidang media mengenai operasi serangan ke atas
kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina itu dijadual diadakan oleh
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, di Hotel Residen Felda Sahabat,
jam 11 pagi ini.
..[sini]
10.45am: Media Filipina melaporkan jurucakap
presiden negara itu Benigno Aquino berkata Manila melakukan apa yang
termampu untuk mengelakkan situasi di Sabah berakhir dengan keganasan.
“Kami
melakukan semua yang kami mampu untuk mengelakkannya, namun akhirnya
orang (Jamalul) Kiram memilih jalan ini,” kata Setiausaha Ricky
Carandang.
10.43am: Kedutaan Filipina di Kuala
Lumpur mendedahkan satu pertemuan diadakan pada malam tadi di antara
setiausaha luar negaranya Albert F del Rosario, menteri luar Malaysia
Datuk Seri Anifah Aman dan menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi.
Pertemuan di Kuala Lumpur itu bagi membincangkan langkah untuk penyelesaian aman berhubung situasi di Lahad Datu.
10.17am: Memetik
laporan dari ANC News Channel, InterAksyon.com melaporkan bahawa bom
telah digugurkan kira-kira satu kilometer jauhnya dari kubu Azzimudie
Kiram dan orang-orangnya.
Azzimudie berkata pihaknya tidak pasti
sama ada bom tersebut mensasarkan mereka atau pengikut mereka, tetapi
mereka kekal selamat dan bersedia untuk bertempur...[
MK]
Sementara itu di Manila, sekumpulan penunjuk perasaan tiba di kedutaan Malaysia untuk mengutuk serangan itu.
10.15am:
Azzimudie Kiram, pemimpin penceroboh, meluahkan kemarahannya terhadap
kerajaan Filipina, dalam temubual radio dengan InterAksyon.com - portal
berita dalam talian saluran TV Filipina TV5.
"Kerajaan
mengarahkan penangkapan sahabat kita walaupun kita tidak melakukan
apa-apa yang buruk," katanya. "Ia seperti kita bulan rakyat Filipina."
Sementara
itu, Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan, memberitahu stesen radio
dzBB bahawa Azzimudie telah menelefon untuk memberitahu mereka tentang
serangan tersebut.
"Tidak ada apa yang dapat dilakukan tentang itu sekarang," kata Idjirani dalam satu wawancara berasingan dengan AFP.
Beliau mengulangi pengumuman awal Azzimudie bahawa mereka akan berjuang hingga ke akhir ayat.
"Kami bukan penceroboh. Mereka (rakyat Malaysia) adalah orang yang menduduki tanah nenek moyang kami," katanya.
10.09am: Pihak
polis telah menubuhkan pusat pemeriksaan di jalan utama di Tanjung
Labian, iaitu kira-kira 5km dari medan pertempuran. Tiada siapa
dibenarkan masuk ke kawasan itu.
Bunyi letupan telah berhenti sejak sejam yang lalu. Tidak jelas sama ada tentera darat telah dikerah masuk ke Kampung Tanduo.
10.05am:
Di Manila, pasukan polis dan wartawan berkumpul di luar kedutaan
Malaysia. Mereka menjangka satu kumpulan penunjuk perasaan akan tiba di
sana.
9.55am: Azzimudie
Kiram mengesah dalam temubual dengan radio dzMM ABS-CBN bahawa pasukan
Malaysia menggunakan jet pejuang dalam serangan terbaru itu ke atas
kedudukan mereka di Lahad Datu.
Pemimpin tentera diraja itu juga
melahirkan kekecewaan terhadap pendirian Presiden Filipina Benigno
Aquino berhubung krisis tersebut.
Beliau berkata kerajaan
Malaysia dan Filipina jelas telah berhenti mendengar gesaan mereka untuk
menyelesaikan krisis tersebut secara aman.
9.45am: Menurut
ABS-CBNnews, sebelum serangan, pagi ini Azzimudie Kiram, yang mengetuai
kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, memberitahu radio dzMM bahawa
dia tidak risau dengan rancangan kerajaan Malaysia untuk membawa lebih
ramai tentera ke Sabah untuk membanteras mereka.
Azzimudie
berkata dia dan tenteranya akan tidak akan berganjak walaupun kerajaan
Malaysia dan Filipina telah berulangkali menggesa mereka supaya
menamatkan pencerobohan tersebut.
"Ini adalah masa. Kami perlu
komited untuk memperjuangkan hak kami. Saya meminta mereka (Filipina)
melakukan sesuatu untuk menyokong kami.
"Mereka tidak boleh
menakutkan kami kerana kami berjuang untuk hak kita - hak Bangsa Sulu
dan secara umum, rakyat Filipina. Iaitu, jika kerajaan Filipina masih
menganggap kami adalah rakyat Filipina," katanya.
9.41am:
Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani,
jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang
mengetuai pencerobohan itu, mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan
sekurang-kurangnya dua butir bom.
Bagaimanapun, Idjirani mendakwa bom mengenai kedudukan penduduk Malaysia dan bukan kumpulan Azzimudie.
Stesen radio itu juga berkata pertempuran itu berlaku 107 tahun selepas bermulanya Perang Bud Dajo di Sula pada 1906 .
Dalam
pertempuran itu 1,000 Tausug, termasuk wanita dan kanak-kanak, telah
dibunuh oleh tentera Amerika juga dikendali sebagai Pembunuhan Bud Dajo.
9.37am: Menurut sati sumber tentera, operasi yang terlibat jet pejuang, meriam serta askar berjalan kaki.
9.15am:
Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari medan pertempuran,
persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan
tersebut.
9.11am: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.
8.54am: Seorang
pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan
jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka. Seluruh penduduk kampung
sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa
sawit.
8.45am:
Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan
menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.
Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah cuba ke Kampung Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk.
"Pengawal kata mereka tidak akan benarkan kami masuk, jadi kami datang ke sini," katanya.
Mereka berhimpun di di jalan utama dari Kampung Tandou menunggu apa yang perlu dilakukan selepas ini.
8.19am Pasukan
keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh
bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari
ini.
8:18am: Letupan
kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan
penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100
penduduk kampung melarikan diri.
"Mereka telah mula mengebom
kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat
itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.
Penduduk
kampung tersebut adalah dari Kampung Sungai Merah, sebuah kampung jiran
dengan Kampung Tandou di mana kira-kira 100 penceroboh bersenjara dari
Filipina berkubu.
Kampung Tandou terletak di antara Tanjung Labian dan Kampung Sungai Merah, masing-masing dalam 5km dan 2km.