Sumber [Sini] Perang bendera Naib presiden PAS Salahuddin Ayub berkata "tidak mustahil" Pakatan Rakyat akan memenangi lebih banyak kerusi di negeri Johor dalam pilihan raya akan datang.
Keyakinannya itu diperkuat lagi dengan ketegasannya bahawa beliau tidak pulang untuk bertanding di negeri itu untuk "membunuh diri."
"Tiada kerajaan yang kekal selamanya di muka bumi. Ia adalah urusan Allah. Kita yakin dan percaya untuk berdepan dengan mereka (BN).
"Kita tengok nanti, siapa yang terbunuh dan siapa yang dibunuh. Saya mahu mencipta sejarah baru di negeri Johor," kata MP Kubang Kerian itu lagi dalam ceramah dihadiri 1,000 orang di Ledang pada malam tadi.