Setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali turut menuduh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (gambar) sebagai tidak “bertanggungjawab” kerana tidak mahu mengambil pendirian jelas mengenai perkara tersebut.Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan dan integrasi nasional semalam enggan mengulas mengenai isu tersebut dengan berkata: “Saya tidak mahu mengulas tentang itu. Mereka (Perkasa) boleh memboikot jika mereka suka. Ini sebuah negara yang bebas.”
“Tetapi apabila Tsu Koon berkata ia adalah hak Perkasa untuk memboikot penyanyi Jaclyn Victor kerana negara ini adalah bebas bagi sesiapa sahaja untuk bersuara, itu adalah kenyataan yang paling tidak bertanggungjawab yang pernah saya dengar dari seorang menteri. Adakah ini jawapan terbaik daripada Menteri Perpaduan?“ Syed Hassan memberitahu The Malaysian Insider, dalam kiriman SMS ketika dihubungi semalam.......[TMI]





































