KUALA LUMPUR 30 Nov. — Ketiga-tiga sayap Umno - Pemuda, Wanita dan Puteri yang mengadakan perhimpunan agung masing-masing hari ini, membuktikan mereka telahpun bersiap sedia untuk ‘merempuh’ pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-13.Ucapan dasar ketua-ketua sayap parti itu memperlihatkan arahan untuk dijadikan ‘manual’ bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Ketua Pergerakan Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam ucapannya mengingatkan anggota pergerakan itu untuk mementingkan semangat setiakawan dalam mengharungi segala tohmahan pembangkang.
KAJANG, 21 Nov [Di sini]— Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno masih berhadapan dengan masalah dalaman tetapi memberi jaminan perkara itu sedang ditangani.
“Kita semua tahu bahawa selepas Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak mengambil alih (kepimpinan) daripada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi, masih ada masalah seperti pertengkaran dalaman,” kata Muhyiddin (gambar) kepada pemberita pada sidang media di sini.
“Bagaimanapun, untuk mengatakan bahawa parti tidak bertindak bagi mengatasi masalah adalah tidak benar.

















































