30 Jun 2010


AL KHELAIW ALI ABDULLAH mencium lantai sebuah mahkamah selepas dibebaskan daripada dakwaan membiayai pengganas di Jakarta semalam.

Sujud Syukur

Sujud Syukur sunat dilakukan apabila seseorang itu mendapat sesuatu nikmat seperti lahir seorang anak, mendapat harta, terlepas dari bahaya dan lain-lain.Ia bertujuan melahirkan rasa terimakasih kepada Tuhan di atas nikmat tersebut.

Dalam hal ini, terdapat hadis Nabi s.a.w seperti berikut:

" Dari Abi Bakrah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w apabila telah datang kepadanya sesuatu urusan yang menyenangkannya, atau ia gembira kerana sesuatu, lalu ia sujud menekurkan ke tanah sebagai berterimakasih kepada Allah ta'ala".

Sujud syukur ini hanya dilakukan di luar sembahyang kerana ia tidak berhubungan dengan soal sembahyang. Syaratnya sama seperti sujud tilawah iaitu:
1. Suci dari segala najis di badan, pakaian dan tempat.
2. Menutup aurat
3. Menghadap kiblat

Rukunnya pula ialah :
1. Berniat untuk sujud syukur
2. Membaca takbiratul ihram, ketika sujud
3. Satu kali sujud
4. Memberi salam sesudah duduk

Sujud Sahwi
Sahwi bermaksud lupa sesuatu. Pengertian dari segi syarak adalah terlupa sesuatu di dalam solat. Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam; ia dikerjakan untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat kerana terlupa, dan hukumnya adalah sunat.
Doa sujud sahwi adalah seperti berikut:
Ertinya: "Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa."
Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga: kerana kelebihan, kerana kekurangan, dan kerana ragu-ragu.
  1. Sujud Sahwi Kerana Kelebihan
    1. Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk, atau sujud, dan sebagainya, maka dia perlu sujud sahwi.
  2. Sujud Sahwi Kerana Kekurangan
    1. Barangsiapa, justeru terlupa, lalu meninggalkan salah satu sunat ab'adh, maka ia harus sujud sahwi sebelum salam. Misalnya, makmum terlupa tahiyyat awal dan hanya teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak), maka dia tidaklah perlu duduk kembali dan cukup baginya sujud sahwi. Namun, sekiranya dia teringat sebelum separuh bangkit untuk qiam, maka bolehlah dia kembali duduk dan menyempurnakan tahiyyat awal dan tidak perlu sujud sahwi.
  3. Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu
    1. Keragu-raguan di dalam solat adalah kerana tidak meyakini sama ada terlebih atau terkurang, umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga atau keempat. Keraguan ada dua jenis:
      1. Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham, atau lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.
      2. Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong pada salah satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.

Hal-hal Penting Berkenaan Dengan Sujud Sahwi

  1. Apabila seseorang meninggalkan salah satu rukun solat secara tidak sengaja, dan ia belum sampai pada rukun yang sama di rakaat berikutnya, maka ia wajib kembali kepada rukun yang tertinggal itu, dan kembali meneruskan solat dari situ. Sekiranya dia sudah berada pada rukun yang tertinggal itu pada rakaat berikutnya, maka rukun yang tertinggal itu dianggap terganti dengan rukun pada rakaat berikutnya itu. Pada kedua-dua hal ini, wajib dia melakukan sujud sahwi setelah salam atau sebelumnya.
  2. Apabila sujud sahwi dilakukan setelah salam, maka harus pula melakukan salam sekali lagi.
  3. Apabila seseorang yang melakukan solat meninggalkan sunat ab'adh secara sengaja, maka batallah solatnya.
    1. Jika ketinggalan kerana lupa, kemudian dia ingat sebelum beranjak dari sunat ab'adh tersebut, maka hendaklah dia melaksanakannya dan tidak perlu sujud sahwi.
    2. Jika ia teringat setelah melewatinya tapi belum sampai kepada rukun berikutnya, maka hendaklah dia kembali melaksanakan rukun tersebut, lalu sujud sahwi selepas salam.
    3. Jika ia teringat setelah sampai kepada rukun yang berikutnya, maka sunat ab'adh itu gugur, dan dia tidak perlu kembali kepadanya untuk melakukannya, akan tetapi perlu sujud sahwi sebelum salam.
  4. Sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas memberi salam maka bolehlah ia sujud sahwi, dengan syarat ingatan itu timbul dalam masa yang tidak begitu lama.
  5. Sekiranya imam terlupa sujud sahwi, makmum bolehlah sujud sahwi setelah imam memberi salam.
  6.  
  7.       SUJUD TILAWAH DI LUAR SEMBAHYANG


    Sepertimana yang telah dijelaskan bahawa sujud tilawah itu sunat juga dilakukan di luar sembahyang iaitu setelah selesai menghabiskan bacaan ayat sajdah atau mendengarnya, jika hendak melakukan sujud tilawah hendaklah berniat sujud tilawah kemudian bertakbir iftitah seperti takbiratul ihram dalam sembahyang.
    Niat sujud tilawah ini adalah wajib bersandarkan kepada hadis Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam :
    Maksudnya: “Sesungguhnya amal perbuatan itu hanyalah dengan niat”



    Begitu juga dengan takbir iftitah hukumnya adalah wajib kerana ia adalah merupakan syarat sujud tilawah itu menurut pendapat al-ashah.
    Di samping berniat di dalam hati ia juga disunatkan melafazkan niatnya itu, seperti:
    Ertinya:“Sahaja aku melakukan sujud tilawah kerana Allah Ta‘ala”
    Kemudian itu bertakbir sekali lagi untuk melakukan sujud tanpa mengangkat tangannya. Apabila hendak bangun dari sujud adalah disunatkan ketika mengangkat kepalanya dengan bertakbir.
    Adalah disunatkan menurut pendapat al- shahih memanjangkan bacaan takbir yang kedua ketika hendak sujud sehingga ia meletakkan dahinya ke tempat sujud, dan juga bagi takbir yang ke tiga ketika bangkit dari sujud sehingga duduk semula.(Al-Majmuk 3/561)
    Setelah ia bangun dari sujud maka disudahi dengan salam iaitu dalam keadaan dia duduk tanpa bertasyahhud. Salam menurut pendapat al-azhar adalah wajib kerana ia merupakan syarat sebagaimana di dalam kitab Syarah Al-Minhaj.
    Kesimpulannya perkara yang dituntut yang juga merupakan rukun sujud tilawah bagi yang melakukannya bukan di dalam sembahyang ialah niat sujud, takbir seperti yang dilakukan ketika hendak mengangkat takbir untuk menunaikan sembahyang, sujud dan juga salam.
    Perlu diingat bahawa untuk melakukan sujud tilawah di luar sembahyang ini tidak disunatkan bangun dari duduk untuk berdiri (qiam) kemudian melaksanakan sujud, bahkan memadailah hanya dalam keadaan duduk. Sementara itu jika dia dalam keadaan berdiri maka dilakukan takbiratul ihram dalam keadaan berdirinya itu kemudian membaca takbir dan sujud.(At-Tibyan Fi Adab Hamalatil Quran 118)


     

28 Jun 2010

        Cuba kalian perhatikan setiap kali tibanya hari-hari gaji, pasti orang-orang melayu akan beratur panjang di hadapan mesin ATM di mana-mana bank untuk mengeluarkan duit gaji mereka. Kemudian seminggu selepas itu cuba pula kalian masuk ke dalam bank dan lihatlah, pasti di situ akan dipenuhi oleh bangsa cina yang beratur panjang  untuk menyimpan  duit-duit yang telah mereka perolehi dari poket-poket orang melayu. 
         Sungguh mengecewakan...Melayu adalah bangsa pembeli dan pengguna dari dulu kini dan selama-lamanya. manakala Cina adalah bangsa peniaga  yang bijak dan komited .mereka sentiasa mendapat untung dari kebodohan dan keborosan orang-orang Melayu.....Bersambung esok

27 Jun 2010


Nik Aziz dan Kelantan
Setiap kali saya dan isteri balik bercuti di kampung saya dan isteri saya ( kampung telosan 16800 Pasir Puteh Kelantan), Perasaan kami cukup sedih dan kecewa dengan ketidak-bersihan negeri Kelantan. Di sepanjang jalan rayanya penuh dengan rumput dan semak samun. Di sekeling rumah sebahagian besar rakyat kelantan ( termasuklah rumah mak mertua saya) adalah penuh dengan sampah dan longgokkan barang-barang lama. Hidup mereka seolah-olah telah sebati dengan semak samun dan sampah sarap. Jiwa mereka telah bersatu dengan alam sekitar. ( Mereka mesra alam).Mereka senang dan tidak merasa apa-apa untuk terus hidup bersama rumput rampai dan pokok-pokok tanaman yang tidak terurus di sekeling rumah mereka.

Ali Rostam dan Melaka
   Pemimpin Melaka amat perihatin terhadap kebersihan dan keindahan alam sekitarnya. Penguatkuasa Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah serta syarikat pembersih sampah SCWM bertugas dengan cekap . Mereka amat peka terhadap kebersihan dan keindahan alam sekitar. Di sekeliling rumah rakyat Melaka selalunya dipenuhi dengan pokok bunga dan hiasan yang menarik. Dikatakan jika Ali Rostam lalu di sesuatu kawasan, jika didapatinya sepanjang jalan di situ keadaannya tidak bersih, maka dia akan bertanya " Siapakah yang mendapat tander membersih jalan di kawasan ini" lalu orang itu akan disenarai hitamkan.

Catatan : Saya bukan Kelantan murtad, tetapi itulah kebenarannya

25 Jun 2010



Pinjaman Peribadi ( Bai al-inah)






Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a, ia berkata, "Rasulullah saw. bersabda, 'Jika kalian berdagang dengan sistem 'inah dan kalian telah disibukkan dengan mengikuti ekor sapi (membajak sawah) serta ridha dengan bercocok tanam, maka Allah timpakan kehinaan atas kalian dan tidak akan mencabut kehinaan tersebut hingga kalian kembali kepada agama kalian'," (Hasan, HR Abu Dawud [3462], Ahmad [II/28,42 dan 84]. Ad-Dulabi dalam al-Kunaa walAsmaa' [II/65], al-Baihaqi [V/136], Ibnu Adi dalam al-Kaamil [V/1998], Abu Umayyah ath-Thurthusi dalam Musnad Ibnu 'Umar [22], ath-Thabrani [13583 dan 13585], Abu Ya'la [5659] dan Abu Nu'aim dalam Hilyah [I/313-314]).

Kandungan Bab:
  1. Jual beli 'inah adalah si (A) menjual barang kepada si (B) dengan pembayaran bertempoh. Si (A) menyerahkan barang kepada si (B). Kemudian si (A) membeli kembali barang tersebut dari si (B) dengan harga yang lebih murah secara kontan. Tujuannya adalah untuk mendapat keuntungan, yaitu uang tunai.
  2. 'Inah adalah wasilah kepada riba bahkan termasuk wasilah (sarana) yang paling dekat kepadanya. Wasilah kepada perkara haram, maka hukum-nya adalah haram.
  3. 'Inah termasuk hiyal (siasat licik) terhadap hukum syari'at. Oleh karena itu, syari'at mengharamkan siasat licik yang dapat membolehkan sesuatu yang telah diharamkan Allah atau menggugurkan perkara yang telah diwajibkan Allah.
  4. Ibnu Qayyim al-Jauziyah rahimahullah berkata dalam kitab Tahdziib as-Sunan (V/109), "Ada bentuk keempat dari jual beli 'inah, -ini adalah bentuk 'inah yang paling ringan-, yaitu seorang memiliki barang dagangan yang hanya dijualnya dengan pembayaran bertempo. Imam Ahmad telah menegaskan makruhnya cara seperti ini. Beliau berkata, "Inah adalah seseorang memiliki barang dagangan yang hanya dijualnya dengan pembayaran bertempo. Jika ia menjualnya dengan pembayaran bertempo dan pembayaran kontan, maka tidaklah mengapa." Beliau juga berkata, "Aku benci orang yang tidak menjalankan perniagaannya kecuali dengan cara 'inah. Janganlah ia jual melainkan secara kontan."
    Ibnu 'Uqail berkata, 'Imam Ahmad membencinya karena kesamaan cara seperti itu dengan praktek riba. Karena penjual yang menjual barangnya dengan pembayaran bertempo pada umumnya tujuannya adalah tambahan harga.'
    Guru kami, yakni Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah, menyebutkan alasannya bahwa jual beli seperti ini mengandung unsur paksaan. Biasanya orang yang membeli dengan pembayaran bertempo (kredit) disebabkan tidak mampu membelinya secara kontan. Jika seorang penjual tidak menjual barangnya kecuali dengan pembayaran bertempo (kredit), maka jelas menguntungkan pihak pembeli yang sangat membutuhkan barang tersebut. Namun, jika ia menjualnya dengan dua pilihan, tunai dan kredit, maka akan menguntungkan pihak penjual.
    Ada bentuk kelima dari jual beli 'inah -ini merupakan bentuk yang paling buruk dan sangat diharamkan- yaitu dua orang (A dan B) bersepakat melakukan praktek riba, keduanya mendatangi seseorang yang memiliki barang (C). Lalu orang yang butuh barang si (A) membelinya dari si (C) untuk si (B) dengan harga kontan. Lalu (B) menjualnya kepada si (A) dengan pembayaran bertempo (kredit) dengan harga yang telah disepakati oleh keduanya. Kemudian si (A) mengembalikan barang tersebut kepada si (C) dengan memberikan sesuatu (upah) kepadanya. Ini disebut tsulatsiyah, karena melibatkan tiga orang. Jika barang itu berputar antara dua orang saja disebut tsuna-iyah. Dalam praktek tsulatsiyah dua belah pihak memasukkan orang ketiga dengan anggapan orang ketiga ini dapat menghalalkan bagi keduanya riba yang telah diharamkan oleh Allah. Kedudukannya sama seperti muhallil nikah, ia disebut muhallil riba. Sementara yang pertama tadi adalah muhallil kehormatan wanita. Tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi atas Allah, Dia Mahatahu pandangan yang khianat dan apa yang terselip dalam hati manusia."
    Ibnu Qayyim al-Jauziyah telah mengulas panjang lebar dalam kitab Tahdziib as-Sunan (V/100-109), beliau menjelaskan dalil-dalil haramnya praktek 'inah. Silahkan membacanya karena sangat berguna. Praktek tsulutsiyah dan tsuna-iyah yang beliau isyaratkan di atas justru banyak dipraktekkan oleh bank-bank yang berlabel Islam. Hanya kepada Allah saja kita mengadu.
Sumber: Diadaptasi dari Syaikh Salim bin 'Ied al-Hilali, Al-Manaahisy Syar'iyyah fii Shahiihis Sunnah an-Nabawiyyah, atau Ensiklopedi Larangan menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah, terj. Abu Ihsan al-Atsari (Pustaka Imam Syafi'i, 2006), hlm. 1/248-250

24 Jun 2010


Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.
Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.
New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

dvtDVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.

Simptom

  • Cepat penat
  • Mengah
  • Sakit dada
  • Denyutan nadi laju
  • Lemah di bahagian kaki
  • Kurang selera makan
  • Batuk
  • Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.
Cegahan

1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam

Rawatan
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.

Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya)

 Diambil daripada ( http://zulkiplyharun.com/php/)

23 Jun 2010

Yakjuj dan Makjuj BODOH

Abu Hurairah ra berkata. Rasulullah saw bersabda:
" Yakjuj dan Makjuj menebuk tembok setiap hari sehingga mereka dapat melihat cahaya matahari. Lalu pemimpin mereka berkata. ' Baliklah dan sambunglah pada esok pagi'. Kemudian Allah mengembalikan tembok tersebut menjadi lebih keras sehingga sampai waktunya Allah akan mengirimkan mereka kepada manusia sehingga mereka boleh menebuknya.

Catatan: kalaulah ketua Yakjuj dan Makjuj itu cerdik dengan terus menebuk lubang tembok yang mengurung mereka ,maka sudah pasti mereka semua telah terlepas bebas di atas muka bumi ini dan kitapun dapat melihat dan mengenali mereka.

22 Jun 2010

Jom Masuk ke alam mimpi

Mimpi-1

Dengan terburu-buru dan perasaan cemas seorang lelaki datang kepada Ibnu Sirin dan berkata:

" Malam tadi aku bermimpi meletakkan kakiku di wajah Rasulullah saw".

" Apakah engkau tidur dengan memakai kasut ?"

"Ya , aku berkasut" jawabnya.

" Sila buka kedua-dua kasutmu dan tengok apa yang ada di dalamnya."

     Lelaki itu pun membuka kasutnya dan ternyata di bawah tapak kakinya ada wang dinar bertulis
" Muhammadurrasulullah"


Mimpi 2

Seorang lelaki datang dan berkata:

"Wahai Syeikh. Aku bermimpi seolah-olah janggutku menjadi panjang dan aku melihatnya.?"

" Apakah engkau tukang azan?" Tanya Ibnu Sirin.

"Ya" jawab lelaki itu.

" Bertakwalah kepada Allah. Jangan mengintai-intai jiranmu" kata Ibnu Sirin

21 Jun 2010

Saya selalu bertemu dan berada dalam pelbagai majlis bersama mereka, tetapi setiap kali merenung wajah mereka bertiga, terasa diri ini terlalu kerdil dan banyak dosa, malah dalam hati ini selalu berkata-kata: Ya Allah janganlah kau dedahkan segala dosa yang pernah aku lakukan di hadapan mereka.(Ahli Lajnah Syariah Koperasi Muslimin Malaysia Berhad)

19 Jun 2010

18 Jun 2010


          Masa terus berputar dan tidak pernah berhenti. Kita menjadi penghambat masa yang sering tercungap-cungap kepenatan. Hari terus berlalu namun kerja masih bertimbun. Hari ini tak selesai, bawa ke hari esok. Tapi jarum jam berputar terus.
     Masa kita di atas dunia semakin singkat. Semakin dekat kepada masa kematian kita. Entah berapa kali kita jenguk tempat kita nak balik Entah ada, entah tiada lansung. Kerana sibuk dengan urusan kerja, kadangkala kematian kawan atau keluarga, hanya kita jenguk di rumah si mati. tak turut ikut sampai ke kubur untuk tengok tempat kita nak balik tak lama lagi.
       Waktu untuk kita pulang sudah semakin hampir. Buktinya, dahulu semasa kita berumur dua puluhan dan tiga puluhan, jarang kita dengar berita kawan-kawan dan saudara-mara meninggal dunia. Tetapi apabila sudah masuk usia empat puluhan atau lima puluhan, boleh dikatakan setiap minggu ada saja berita kematian yang kita dengar.
       Kawan-kawan dan saudara-mara yang seangkatan dengan kita mula berangkat pergi, berpindah pergi, berpindah ke alam kubur, janji mereka sudah sampai. Jarum jam mereka sudah berhenti. Mereka tak perlu lagi mengejar masa semacam kita. Maka tamatlah sebuah hikayat hidup di atas muka bumi ini, dan mereka akan membuka sejarah baru di alam kubur sambil menunggu hari pengadilan yang tiada siapa yang tahu kecuali Allah Taala.
       Hari ketika mana seluruh manusia dari zaman Nabi Adam sehingga akhir zaman dikumpulkan di padang mahsyar untuk disoal siasat. Sesi post-mortem yang sungguh menakutkan. Ditelanjangkan segala keterlanjuran, keegoan dan kedurjanaan kita di atas muka bumi. Ketika itu kita akan berasa malu sehingga luruh daging-daging muka kita. Saat itu menangis keluar air mata darah pun, segala-galanya sudah terlambat. jarum jam taubat sudah berhenti.

Muhasabah diri
     Jarum jam di atas muka bumi berputar lagi, meninggalkan detik semalam, kelamarin dan hari-hari sebelumnya untuk melangkah ke hari, minggu ,bulan dan tahun yang menjadikan kita semakin berusia dan jadi orang tua. Walaupun kita pakai ilmu awet muda, tetapi usia tetap meningkat dan saat kematian semakin hampir. Saat untuk masuk ke rumah baru semakin dekat. Rumah tak berpintu, gelap, keseorangan jauh di perut bumi.
    Jadi menghitung baki jarum jam yang masih tinggal menjadi semakin penting mulai saat ini. Setiap saat usia kita cukup berharga dan bernilai. Tapi apa nilainya kalau rutin kerja kita seperti itu juga? Apa nilainya kalau cara bekerja dan berfikir seperti dahulu juga?
    Sepatutnya kita perlu fikirkan bagaimana hendak tambah nilai atas setiap kerja yang kita lakukan pada masa ini. Supaya jadi nilai emas dan intan berlian. Janganlah kita biarkan usia yang berbaki ini menjadi daki-daki kotor yang bersalut dosa dan kemungkaran.
     Muhasabah diri kita sentiasa. Apakah kita sudah bersedia atau belum untuk kembali bertemu Allah? Dan apakah usaha-usaha kita untuk memberi nilai tambah kepada setiap kerja yang kita lakukan? Apakah ia menjadi ibadah atau sebaliknya.
     Marilah kita perbaharui dan perbetulkan niat setiap hari sebelum melangkah memulakan tugas harian kita. Moga-moga setiap detik yang berlalu itu menjadi ibadah di sisi Allah SWT 
( Petikan dari buku Demi Masa Abu Hassan Morad m

16 Jun 2010

  Semenjak saya mendapat anak kedua ( Putri Balqis Bt Abdullah) beberapa tahun yang lalu, saya selalu diejek dan diketawakan oleh isteri dan keluarga setiap kali anak kedua saya tu menangis, mereka kata anak tu ikut perangai bapa dia, bapa dia semasa kecil dulu kuat menangis (Wallahu a,lam..cerita itu betul atau tidak) ibu saya kata:  Semasa kecil saya kuat menangis sehingga terkoyak mulut saya.
           Tetapi hari ini 15 /6/2010 semasa borak-borak pagi dengan mak mertua saya di kampung. "Terbongkar lagi satu rahsia besar"  iaitu isteri saya juga kuat menangis semasa kecilnya, kata mak mertua saya: Semasa isteri saya masih kecil dahulu, semua kerja yang sedang dia lakukan adalah dengan terpaksa mendokong isteri saya yang masih kecil dan kuat menagis tu..Subhanallah .Allah Maha mengentahui kerana menemukan saya dengan isteri saya yang 2x5 sahaja..kedua-duanya kuat menangis semasa kecil.
( kata orang : anak-anak yang kuat menangis semasa kecil, akan bijak bila dia besar...sekali lagi subhanallah...memang betul apa yang dikatakan itu..anak saya yang kuat menangis tu memang bijak orangnya .peperiksaan UPKK nya 8A dan UPSR nya 5A..dan sekarang dia sedang belajar dalam tingkatan 1 di Sek,Men, Sains  Intergrasi Selandar Melaka

14 Jun 2010

"Demi masa" merupakan catatan pengalaman dan luahan rasa penulis tentang masyarakat hari ini.berkisar terutamanya mengenai nasib orang melayu
islam di negara ini.penulis merasai sendiri realiti kehidupan masyarakat yang tidak seimbang disebabkan oleh sifat tamak, tidak bertanggungjawab,
 mementingkan diri sendiri, tidak prihatin, lemah,
penakut,ego dan gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka.
Antara isi kandungannya:
1-Berkawan biar betul-betul
2-Jangan sampai mereka bersuara.
3-Refomasi berhemah.
4-Sindrom Rumah Hantu.
5-Mengilap permata.
6- kembali ke pangkal jalan.
7-Jom Kita solat
30-Demi masa.
38-Syahadah.

10 Jun 2010

(eramuslim.com:Yahudi Dalam Media Amerika)


Siapa yang menguasai media, maka dia menguasai dunia. Itulah salah satu jargon yang lama beredar luas di bidang media. Bukan tanpa sebab, karena dengan menguasai media, maka siapapun akan bisa mengendalikan isyu dan pemberitaan......klik tajuk

09 Jun 2010

Siri 2 : Qawa'id Fiqhiyyah

المشقّة تجلب التّيسير
"Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan"

 

7 Jenis kesukaran

1-kekurangan-Seperti orang gila,  kanak-kanak dan wanita yang tidak ditaklifkan dengan solat berjemaah..
2-Jahil atau tidak mengentahui:Membatalkan pernikahan setelah didapati salah seorang pasangan menyembunyikan kecacatan .
3-Sakit- Dibolehkan bertayamum bagi seseorang yang sakit yang tidak boleh terkena air.
4-Musafir- Dibolehkan solat Jamak atau Qasar bagi para musafir
5-Terlupa - Tidak perlu qadak puasa bagi seseorang makan siang hari kerana terlupa.
6-Paksaan-Tidak menjatuhkan aqidah seseorang yang dipaksa untuk melafazkan kalimah kufur.
7-Umum Balwa-Dimaafkan sedikit penipuan dalam urusan jual beli.

7 Jenis kelonggaran

1-Penguguran :Digugurkan hukum sembahyang jumaat, puasa dan haji kerana keuzuran tertentu.
2-Pengurangan: Dikurangkan sembahyang empat rakaat kepada dua rakaat kerana musafir.
3-Penggantian: Diganti wuduk dengan tayammum kerana sakit atau ketiadaan air.
4-Taqdim atau pendahuluan: Solat Jamak taqdim
5-Pengurangan atau Takhir : Solat jamak Takhir.
6-Kelonggaran: Diharuskan minum arak kerana tercekik kerongkong ketika ketiadaan air yang halal.
7-Perubahan: Perubahan cara solat semasa dalam peperangan.

07 Jun 2010

" Kurang Tidur" Mereka yang sering berdepan masalah untuk tidur ataupun isomnia sebenarnya cenderung mempunyai gangguan kesihatan jiwa. Hal ini diungkapkan oleh para penyelidik daripada Universiti Harverd Amerika Syarikat. Ini kerana kurang tidur atau pun tidak boleh tidur malam mempengaruhi mental seseorang dan lebih teruk mengakibatkan depresi . Masa tidur yang tidak betul, bermakna hormon-hormon dalam badan kita pun mula terganggu.

06 Jun 2010

Mendalami ilmu Usul Fiqh

5-Qaedah Usul Fiqh 

العادة محكمة

( Adat dijadikan sebagai rujukan hukum)

Contoh:
 Larangan mengambil upah mengajar al-quran adalah Fatwa yang dikeluarkan oleh para ulamak Mutaqadimin, tetapi setelah berlaku perubahan uruf dan adat maka para ulamak mutaakhirin memberi fatwa harus mengambil upah mengajar al-quran agar pengajian al-quran tidak terhapus.
الأمور بمقاصدها
(Segala perkara bergantung kepada tujuan)

Contoh:
1-Berwuduk atau mandi adakalanya bertujuan untuk menyejukkan badan atau membersihkan anggota badan dan adakalanya untuk beribadat.  
2-Duduk dalam masjid kadang kala kerana beristirehat atau beriktiqaf.

اليقين لا يزال بالشكّ
(Yakin tidak boleh disingkir dengan semata-mata syak)

Contoh:
1-Sesiapa yang yakin taharahnya dan syak pada hadasnya, maka dianggap orang yang masih bersuci. Atau dia yakin berhadas dan syak pada taharah, maka dia dikira orang yang berhadas. 
2-Seseorang yang makan di akhir malam dan syak tentang naik fajar, maka puasanya sah kerana asalnya malam itu kekal.

المشقة تجلب التيسير
(Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan)
Contoh:
1-Kekurangan : Contohnya tidak dikenakan bebanan syarak keatas orang gila, kanak-kanak dan orang yang tidur.
2-Jahil: Contohnya harus difasakhkan perkahwinan kerana aib pada salah seorang suami isteri sedangkan aib itu disembunyikan oleh seorang dari mereka, maka yang seorang lagi tidak mengentahui kedudukan yang sebenar.
3-Sakit : Islam membenarkan tayamum ganti dari menggunakan air pada wuduk kerana sakit, begitu juga diharuskan doktor memandang aurat wanita kerana berubat.

الضّرر يزال
(Kemudharatan hendaklah dihilangkan)
Contoh:
1-Boleh dipulangkan barang yang dibeli kepada penjualnya kerana terdapat kecacatan padanya.
2-Ditahan sapih ( Bodoh) dari mengurus harta sendiri. Dilarang Mufti yang tidak bersopan dari mengeluarkan fatwa  dan dilarang Doktor yang jahil dari merawat orang sakit kerana mereka ini mendatangkan kemudharatan keatas diri mereka dan orang lain





04 Jun 2010

1-Ramalan Guru Mursyid Untuk Imam Nawawi
         Ketika kanak-kanak seusianya sibuk bermain, Imam Nawawi yang berusia 10 tahun ketika itu mengelak. Walaupun diajak oleh kawan-kawannya. Sebaliknya belaiau sibuk membaca al-Quran. jarang sekali budak lelaki seusia itu tidak berminat untuk bermain tetapi beliau berbeza. Walaupun dipaksa oleh kawan-kawannya, dia tetap tidak menunjukkan minat.
       Melihat tingkah-lakunya itu seorang alim, Syeikh Yasin Yusuf Marakashi memberitahu gurunya:
" Jagalah budak ini baik-baik kerana dia bakal menjadi seorang ulama besar dan ahli ibadah."

      Guru yang mendengar kata-kata syeikh Yasin itu bertanya : ' Adakah tuan seorang ahli nujum atau penilik nasib?." Jawab Syeikh Yasin : " Bukan..tetapi Allah menghendaki aku mengeluarkan kata-kata itu".

Guru tersebut kemudian menceritakan peristiwa itu kepada bapa beliau. Bapanya pula memang ingin beliau belajar dan mengabdikan dirinya kepada Islam.  Hasilnya Imam Nawawi telah menjadi seorang ulama besar seperti mana yang telah diramalkan si alim itu...Allahu Akbar

2-Ramalan Guru Mursyid untuk Saya 
         Semasa zaman kanak-kanak ketika saya sedang belajar di Tingkatan Peralihan Sekolah Menengah Agama(Arab) Ittifakiah kampung Telosan 16800 Pasir Puteh Kelantan beberapa tahun yang lalu. Mudir sekolah tersebut (Ustaz Ibrahim) telah datang menemui ayah saya di rumah dan berpesan kepada ayah saya, katanya :
" Jagalah budak ini dengan sebaik mungkin kerana suatu hari nanti dia pasti akan dapat menyambung pelajarannya sehingga ke Universiti Al-Azhar Mesir ".

Hasilnya apa yang telah diramalkan oleh Mudir saya itu betul-betul berlaku dalam hidup saya ini, walaupun kehidupan keluarga saya penuh dengan kemiskinan dan kesusahan, tetapi berkat ramalan dan doa ikhlas dari seorang guru mursyid ,maka Allah SWT telah mempermudahkan segala urusan saya untuk belajar di Mesir, dan Alhamdulillah berkat doa ibu-bapa dan guru yang ikhlas, maka saya telah mendapat segulong ijazah dalam tempoh yang singkat sahaja...Alhamdulillah

03 Jun 2010





Ardi girang ketika menghisap sebatang rokok.




PALEMBANG - Seorang ibu di Indonesia yang cuma mahu dikenali sebagai Diana mengakui dia sudah berputus asa bagi memaksa anaknya berusia dua tahun berhenti merokok 40 batang sehari, lapor sebuah akhbar semalam.
Anak wanita itu, Ardi mendapat perhatian penduduk dunia pada minggu lalu selepas imejnya menghisap rokok disiarkan di beberapa laman web.
Bapa budak itu dilaporkan memberikan anaknya itu sebatang rokok untuk dihisap semasa dia berumur 18 bulan.
"Saya merokok semasa hamil tetapi selepas saya melahirkan anak, saya berhenti merokok," kata ibu Ardi itu kepada stesen televisyen CNN.
"Saya tidak mengingati bila (anaknya mula menghisap rokok) tetapi kami pergi ke pasar dan tiba-tiba sebatang rokok berada dalam genggaman tangannya.
"Malah, semasa dia masih bayi, apabila menghidu bau rokok, dia akan berasa gembira," tambahnya.
Menurutnya, Ardi kerap muntah dan menghentak kepalanya ke dinding semasa marah kerana tidak diberikan rokok.
Ardi kini menjadi selebriti di negaranya apabila beberapa orang memberinya rokok apabila dia muncul di tempat awam.
Namun, Diana berazam untuk menggunakan pendekatan berlembut bagi memujuk anaknya itu berhenti merokok.
"Saya mengetahui bahawa saya tidak boleh menggunakan paksaan terhadapnya tetapi saya perlu berlembut dengannya," jelasnya. - Agensi

02 Jun 2010

Mavi Marmara

1-

2-

3-

01 Jun 2010

Makan Kurma Sehingga Mati


       Al-Khataib menceritakan sebab kematian Imam Muslim:
Suatu hari Imam Muslim menghadiri majlis muzakarah bersama para ilmuan yang terutamanya membahaskan ilmu hadis. Salah seorang di antara peserta muzakarah bertanya satu hadis kepada Imam Muslim, tetapi beliau tidak mengentahui akan hadis tersebut. beliau balik dengan tekad untuk membongkar lagi catatan-catatan hadisnya.  

         Sesampai di rumahnya, beliau terus masuk ke dalam biliknya dan menyalakan lampu, " Sesiapa pun tidak boleh masuk menemuiku pada malam ini". Kata Imam Muslim kepada keluarganya. Pada siang harinya, seseorang telah menghadiahkan sebakul kurma kepada beliau. Maka kurma itu pun dibawa masuk ke dalam biliknya.  

         Mulailah beliau menyemak catatan-catatan hadisnya. Apabila selesai membaca satu hadis beliau mencapai sebiji kurma lalu dimakannya. Kemudian membaca satu hadis lagi lalu mencapai sebijik kurma dan memakannya. Demikianlah seterusnya sehingga pagi tanpa disedarinya satu bakul kurma telah habis dimakannya. Akibatnya beliau mengalami sakit perut yang serius sehingga membawa kepada ajalnya. Maka pada hari Ahad malam Isnin 25 Rejab 261 hijrah 875 Masihi imam besar itu telah wafat dan dikebumikan pada esok harinya.

;;